Saturday, February 16, 2008

Lanskap Taman herba SMK Simpang Rengam



HERBA YANG DITANAM DI TAMAN HERBA

Suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa menanam pokok di persekitaran rumah merupakan aktiviti yang bukan hanya boleh menceriakan diri sendiri malah turut mengindahkan kawasan persekitaran rumah.Namun ada diantaranya yang baik untuk kesihatan dan ada juga bermanfaat untuk rawatan kesihatan terutamanya tumbuhan jenis herba. Tidak kiralah sama ada pokok tersebut tumbuh terbiar, di tepi jalan atau longkang ataupun yang ditanam dan dijaga elok di persekitaran kawasan rumah.
Kebiasaanya, pokok-pokok yang menjadi hiasan di halaman atau dalam rumah semestinya mempunyai manfaat yang mungkin selama ini tidak kita sedari akan kegunaannya. Lebih-lebih lagi dari sudut perubatan dan rawatan dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba. Di sini kita akan membongkar khasiat pokok herba yang dijadikan rawatan secara tradisional ini.


LIDAH BUAYA


Lidah buaya atau nama botaninya aloe sps ialah dari jenis pokok herba saka sekulen iaitu berisi atau berair. Tumbuhan ini mempunyai batang di dalam tanah. Lendir dari lidah buaya sangat mujarab merawat kulit yang terbakar, luka dan menghilangkan kesan parut.Lendir lidah buaya yang dicampur dengan putih telur kemudian diminum dapat merawat penyakit asma. Masalah sakit perut boleh diatasi dengan mencampurkan lender lidah buaya dengan air laut. Sesuai dengan perkembangan teknologi-bio, lidah buaya kini diproses untuk menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan. Produk kesihatan yang berasaskan lidah buaya mampu mengatasi masalah penghadaman,melancarkan perjalanan darah serta meningkatkan kecekapan buah pinggang serta pundi kencing.




JARUM TUJUH BILAH
Pokok Jarum tujuh bilah atau nama botaninya Pereskia sacharosa ialah dari jenis kaktus. Bagaimanapun tumbuhan ini berbeza dengan spesies kaktus kerana keistimewaanya mempunyai daun. Pokok ini mempunyai batang yang lurus dan berduri tajam. Daun jarum tujuh bilah yang mengandungi lendir ini dipercayai sangat mujarab utuk merawat beberapa jenis kanser seperti kanser usus besar. Tumbuhan ini juga boleh merawat hipertensi. Ada beberapa cara bagaimana memanfaatkannya sebagai ubatan herba. Antaranya memasukkan tiga helai daun ini ke dalam gelas berisi air panas dan minum airnya. Cara yang lain pula boleh dimakan sebagai ulam.Minum atau minuman lain selepas mengambil daun tujuh bilah sebagai ubat dipercayai akan menghilangkan khasiat daun itu sebagai ubat.

DAUN KADUK



Jika sekilas pandang tidak ubah seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas apabila dimakan. Daun Kaduk atau nama saintifiknya Piper Sarmentosum juga boleh dijadikan ulaman. Daun kaduk mempunyai khasiat yang tersendiri. Antara kegunaanya adalah untuk mengubati sembelit, demam malaria, sakit gigi, lemah badan dan lenguh tulang. Cara rawatannya mudah saja dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan berikan kepada mereka yang menghidapinya.




MISAI KUCING
Pokok ini boleh dilihat secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi. Panggilan yang diberikan kepada pokok misai kucing ini berdasarkan rupa tumbuhan itu sendiri. Pokok herba ini digunakan secara tradisional dan ianya berupaya merawat penyakit batu karang dan kencing manis. Pokok ini juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Orthosiphon Stamineus. Menurut pengamal perubatan herba, tumpuan kini diberikan secara mendalam bagi tujuan merawat kedua-dua penyakit tersebut. Pokok ini bermanfaat dari daun, akar dan batang.



SETAWAR
Setawar atau nama botaninya Costus spciocus smith ialah pokok herba yang tumbuh berumpun. Setawar mempunyai banyak khasiat dalam perubatan. Isi batangnya boleh mengubati kudis akibat kusta. Caranya ialah menyapu bahagian yang dijangkiti kudis itu dengan batang setawar yang dikikis terlebih dahulu.Air rebusan batangnya diminum untuk mengubati demam panas, merawat cacar dan sebagai penawar racun. Daun setawar yang dilumatkan berkesan sebagai ubat pupuk untuk meredakan sakit kepala. Masalah mata boleh diatasi dengan menitiskan cecair yang diperoleh dari pucuk dan empulur pokok setawar ke dalam mata. Serbuk rizom setawar juga boleh digunakan untuk merawat radang paru-paru, selsema, penawar dan diambil sebagai tonik.Rizom setawar yang dikunyah bersama sirih mampu melegakan batuk.



KUNYIT
Kunyit atau nama botaninya tumeric ialah sejenis pokok herba yang mempunyai rizom. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari India. Kini kunyit ditanam di kawasan tropika. Di Malaysia, kunyit mrupakan bahan penting dalam masakan. Hasil kajian mendapati rizom kunyit mengandungi beberapa jenis bahan kimia. Rizom kunyit bertindak sebagai antiradang, antioksidan, antibakteria dan nematosidal.Dalam perubatan tradisional, rizom kunyit berkesan menyembuhkan luka, kulit melecet, ulser, kembung perut, selsema, demam panas dan lain lagi. Penyakit kronik seperti diabetes juga boleh dirawat dengan memakan rizomnya. Amalan memakan rizom kunyit dapat menghilangkan bau badan serta menyerikan wajah. Penyakit kulit seperti kurap dan panau boleh dihilangkan dengan rizon kunyit yang dilumatkan terlebih dahulu.


KANTAN
Kantan atau nama botaninya phaemeria imperialis ialah pokok herba yang pada asalnya tumbuh liar di kawasan hutan. Tumbuhan ini tumbuh secara berumpun. Kantan mempunyai bunga yang berwarna merah dan mempunyai aroma yang kuat. Bunga kantan dimakan sebagai ulam atau bahan perasa dalam masakan seperti laksa dan kerabu. Kudup bunga kantan sering digunakan berbanding bunga kantan yang sedang kembang.Dalam dunia perubatan tradisional, bunga kantan yang dimakan secara mentah mampu mengekalkan awet muda. Bunga kantan juga boleh menyembuhkan hipertensi.Amalan memakan bunga kantan boleh mengurangkan kelesuan dan mengatasi kurang selera makan.Manakala air rebusan batang pokok kantan pula dapat menghindarkan bau badan.Caranya ialah dengan menggunakan air tersebut sebagai mandian.


BAKUNG
Bakung atau nama saintifiknya Crinum asiaticum L. ialah sejenis tumbuhan herba. Pokok ini menjadi tanaman hiasan lanskap di halaman rumah, pejabat dan taman-taman awam.Seluruh pokok bakung mengandungi alkaloid jenis bakonin dan likorin. Pokok bakung mempunyai akar berbentuk bebawang. Akar dan bebawang pokok bakung mampu bertindak merangsang muntah bagi mengeluarkan racun dalam makanan yang dimakan. Caranya ialah dengan mengunyah serta menelan akar dan bebawang bakung. Bisul dan sebarang penyakit kulit diubati dengan menumbuk lumat bebawang bakung dan kemudian ditampalkan pada kulit yang bermasalah itu. Daun bakung pula dijadikan pupuk untuk meredakan demam panas. Bahagian anggota badan yang patah dan terseliuh boleh diubati dengan membalut tempat yang terseliuh dengan daun bakubg yang telah dilayur di atas api dan disapikan sedikit minyak.

ASAM JAWA

Asam Jawa atau nama saintifiknya Tamarindus indica pada asalnya tumbuh sebagai tumbuhan liar di kawasan barat India dan benua Afrika. Kini tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan tropika. Pokok asam jawa di tanam di tepi-tepi jalan atau lebuhraya sebagai peneduh dan pokok hiasan.Terdapat 2 jenis asam jawa iaitu masam dan manis. Buah asam jawa mengandungi asid tartar, lemak, protein dan karbohidrat.Asam jawa dari jenis masam diproses dengan mengasingkan bijinya dan dijadikan perasa dalam masakan. Asam jawa masam juga diproses menjadi manisan dengan mencampurkannya dengan gula dan bahan lain. Buah asam jawa yang masih muda boleh dimakan dengan dibuat jeruk. Asam jawa juga diproses menjadi jus.Dalam dunia perubatan, air asam jawa berkesan menyejukkan badan. Kayu dari batangnya boleh melawaskan pembuangan air besar, air kecil dan merawat penyakit hati.Kulit buah dan kulit kayu yang mengandungi tannin boleh mengubati cirit-birit.


BELIMBING BULUH

Belimbing buluh atau nama botaninya averhua blimbi L. Berasal dari Asia Tenggara. Tumbuhan ini dari pokok berkayu. Buah belimbing buluh ada yang berwarna hijau dan ada yang berwarna kuning-kekuningan. Buah belimbing buluh mengandungi asid amino, asid oksalik, asid sitrik, fenolik, gula, kalium, vitamin A dan C. Buah ini tidak enak dimakan mentah kerana rasanya yang masam. Biasanya buah belimbing buluh menjadi bahan dalam masakan seperti dimasak lemak dan dibuat sambal.Buah belimbing juga boleh dibuat acar, jeruk, halwa serta diproses menjadi jem dan minuman. Di sesetengah tempat, buah belimbing buluh diperam dan digunakan sebagai perasa dalam masakan. Beberapa bahagian pokok belimbing buluh, seperti buah, daun dan bunganya digunakan sebagai bahan perubatan yang berasaskan herba. Air buah belimbing buluh yang telah diawet dengan garam boleh merawat batuk kokol, perut pedih serta mulas dan tekanan darah tinggi. Bunganya yang berwarna merah hati atau unggu boleh merawat batuk yang dihidapi oleh kanak-kanak.Caranya ialah dengan merebus bunga belimbing buluh, campurkan dengan sedikit gula batu dan diminum. Air rebusan daun belimbing buluh boleh diminum bagi melegakan demam panas, diabetes dan rawatan bagi wanita selepas bersalin. Beguk dan jerawat pada muka juga boleh dirawat dengan air rebusan daun belimbing buluh. Sapu air rebusan belimbing buluh itu ke muka yang berjerawat.Daun belimbing buluh yang ditumbuk lumat boleh merawat penyakit bisul, gatal-gatal dan siflis. Buah belimbing buluh berkesan menanggalkan kekotoran pada peralatan yang berasaskan logam.


PANDAN
Pandan Wangi atau nama botaninya pandanus aduros adalah tumbuhan herba yang mempunyai batang yang dikelilingi daun-daunnya. Daun pandan wangi tumbuh secara menegak dan keluar berlapis-lapis.Daun pandan digunakan dalam masakan, upacara-upacara tertentu, dan sebagai bahan dalam perubatan tradisional.Aroma daun pandan dijadikan bahan perasa dan pewarna dalam kuih-muih atau lauk pauk.Daun pandan diracik halus dicampurkan dengan bahan lain dijadikan bunga rampai. Daun pandan juga digunakan dalam rawatan kecantikan. Bagi mendapatkan rambut yang sihat, daun pandan dikisar lalu diambil airnya. Kemudian daun pandan itu disapu ke rambut. Selain menyihatkan rambut, air pandan juga boleh menyejukkan kepala.


DAUN KARI
Daun kari atau nama botaninya bergera koengi ialah jenis tumbuhan berkayu. Tumbuhan ini mempunyai banyak dahan dan dahan-dahan ini bercabang-cabang. Daun kari tidak berfungsi sebagai bahan dalam masakan semata-mata tetapi tumbuhan ini turut digunakan dalam perubatan tradisonal. Daun kari yang dikeringkan boleh merawat masalah rambut iaitu untuk menghitamkan rambut.Caranya ialah dengan memasukkan sesudu serbuk daunkari yang telah dikeringkan dalam segelas air. Air campuran serbuk kari itu hendaklah diminum setiap hari selama 48 hari. Hasilnya rambut yang pudar akan kembali hitam dan bersinar. Masalah gangguan lalat juga boleh diatasi dengan meletakkan sejambak daun kari di atas meja atau tempat yang menghadapi masalah lalat.

No comments: